Nuffnang~Ads1

Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Recipe: Bilis Rangup

Salam jumaat semua…

Sekarang ni cuaca tak menentu. Pagi hujan, petang hujan lagi. Traffic jam tu tak payah ceritalah. Bukan la duduk KL kalau tak jem. Ye tak? Dengan cuaca tak menentu ni, kat office memasing bersin-bersin. Dengan boss mat saleh yang tak reti ‘erti sejuk’. Mentang-mentang la London dah winter sekarang. Dia nak buat office ni jadi macam winter gak tu.

Dua tiga hari ni I balik lambat. Pukul9 tu kira lambat la kan, tak sempat masak. So myBoo jadi Mr. Mama la… hehehe… dia faham jadual kerja I, dari mula kenal dulu lagi. Memang dalam sebulan tu ada la seminggu kena stayback kat office. Tak jadi masalah sangatlah. I je worried sebab tak sempat masak untuk dia. Tapi I balik rumah, dia dah masak untuk I. Haha.. happy je balik-balik dah boleh makan. Kat office memang tak makan la I ni. Last night, sebab dah boring makan drumet je, I pun tambah la lauk simple favourite kitorang. Cepat je masak ni. myBoo dah siap-siap masak nasi, wat omelette. I buat bilis rangup sikit wat penambah rasa. Ni bukan first time la I buat pun. Dalam sebulan sekali dua mesti buat. Apparently myBoo yang I ingat urban sangat or budak bandar ni actually suka ikan bilis goreng. Hahaha…

 
Meh tengok bahan-bahan:

Ingredient:
Ikan bilis – agak-agak la dalam segenggam gitu
Bawang besar – separuh dihiris kasar
Cili besar hijau – 2biji dipotong nipis (hasil tanaman belakang umah mak I)
Sedikit butter

How to:

1-      Panaskan frying pan, masukkan butter dalam anggaran sesudu kecil. Masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.

2-      Setelah hampir garing, masukkan bawang besar dan cili hijau. Kacau selalu ye dan jaga api. Kang ada ikan bilis rangup jadi bilis hangus.

3-      SIAP!!!

 
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sayur timun (ngan kicap juga).

Selamat mencuba!

 

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Thursday, 31 October 2013

Recipe: Stir Fried Sotong



Eh! Tengok title macam hancur je kan, bahasa rojak.. hehe… apa ada hal, sendiri punya blog :-) tapi secara jujur, I harap resepi-resepi yang I share kat sini sesuai untuk orang muda yang baru kawin dan tak pandai masak sangat. Sebab simple giler kan! :-p

Tak nak cakap banyak-banyak, setiap hari pon balik keje dah lewat kan. Sampai rumah dah pukul 7.30pm, so masak je yang paling senang. MyBoo suka berkuah, I suka pedas-pedas sikit. So jadilah masakan macam ni. Sedap je makan dengan nasi panas-panas. Kalau dah lapar, apa pon sedap kan? Hehe…

Meh tengok bahan-bahan:

Ingredient:


Bawang merah – dua dihiris nipis
Bawang putih – sebiji dihiris nipis
Bawang besar – separuh dihiris kasar
Cili padi – 3biji dipotong nipis (nak tumbuk pon boleh)
Sotong basah – dibersihkan dan dipotong (dalam 200gram)
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis
Garam

How to:
1-      Panaskan minyak, anggaran dua sudu makan. Tumis bahan-bahan dihiris.


2-      Setelah naik bau, masukkan sotong. Kacau sekata.


3-      Masukkan sedikit air (kalau suka berkuah banyak) dan kicap.


4-      Sesuaikan rasa dan SIAP!!!

Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Senang kan?... Selamat mencuba!
 

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Monday, 26 August 2013

Recipe: Ikan Bawal Masak Kicap



Duduk rumah MC ni, dengan MyBoo yang perut tak sihat, so masak la simple dan selamat untuk perut. Hari ni masak sup ayam campur kentang dan tambahan ikan bawal masak kicap.


Ikan tu dah lama lepak dalam freezer, makin lama nanti makin tak sedap. So masak jelah. Nak tunggu sampai bila lagi kan. Lagipun I dah bosan makan ayam, daging, ayam, daging. Rumah terbuka semua masak itu-itu juga. Dah muak makan rendang dan makanan bersantan. so back to basic, sup dan masak kicap.

Jom tengok bahan-bahan.

Ingredients:




Ikan bawal emas – sepotong
Bawang besar – separuh di potong-potong
Bawang merah – satu dihiris
Bwang putih – satu dihiris
Cili padi – 2 biji dihiris nipis. Kalau suka pedas boleh tambah lagi
Asam keping
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air setengah cawan

How to:
1 – Ikan dibersihkan. Kemudian letakkan sedikit garam, kunyit dan tepung jagung. 


2 – Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Ikan digoreng separuh masak. Setelah siap, letakkan ditepi.


3 – Panaskan pula sesudu besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Setelah naik bau, masukkan air, asam keping dan sedikit kicap.


4 – Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sedikit garam dan bahan perasa.


5 – Angkat setelah mendidih dan cukup rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge i.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Saturday, 17 August 2013

Recipe: Popiah Sayur & Suhun



Sabtu pagi! Leisure weekend ;) 

Even masih dalam bulan Syawal, tapi minggu ni kena standby kerja. So I kena ada around KL je untuk monitor my team’s work progress. If any urgent issue, I kena kuarkan ‘pekeliling’ panggil balik my teammates untuk masuk ofis. Phew~~~


So bangun je hari ni ligat fikir nak buat breakfast apa… semalam myBoo nak makan mee goreng. Ok jom goreng mee. Tapi I tak fancy mee, so I pon korek fridge and jumpa carrot, zucchini, udang and kulit popiah! Jadi hidangan sampingan hari ni, popiah sayur dan suhun.. Suhun memberikan lebih tekstur dalam popiah tu dan mengenyangkan.

Let us check it out~~

Ingredients:
Zucchini – pakai separuh je. Hiris panjang dan nipis (boleh ganti dengan timun biasa)
Carrot – I pakai baby carrot dalam 4ketul (hilis panjang dan nipis)
Bawang besar – separuh. Potong dadu
5ekor udang sederhana – rebus sekejap then slices. Prep dengan garam and black pepper.
Suhun – agak-agak je, jangan banyak sgt. Rendam dalam air panas nak bagi kembang. Potong-potong.
Kulit popiah






How to:
1 – Siapkan semua bahan-bahan. Sediakan tempat bersih untuk kita balut popiah tu nanti.

2 – Letak sekeping kulit popiah. Kita mulakan dengan zucchini, then letak carrot sikit, bawang besar and udang yang dah diperap dengan garam and pepper. Kemudian letakkan sedikit suhun.

3 – Mulakan melipat bahagian hujung, kemudian kedua-dua sisi. Pastikan lipatan tu ketat supaya popiah tak terburai masa kita goreng nanti.

4 – Repeat step sampai abis semua bahan.
5 – Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, masukkan popiah dan goreng hingga kekuningan.
Tips: Minyak jangan terlalu panas, nanti popiah pertama jadi hangus sikit. Adjust api tu nak bagi popiah masak dengan baik. Jangan besar-besar nanti terbakar dapur. Hahaha…
Selamat mencuba!
Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Monday, 12 August 2013

Recipe: Strawberry Parfait



Resepi ni simple sangat. Improvised from the show I watched in Food Network Channel, and I named it my very own Strawberry Parfait. It is filling yet simple and healthy. I prepare untuk dessert buka puasa hari tu. Boleh tukar strawberry dengan pisang juga. I just use whatever yang I ada dalam fridge. Let us check it out~~

Ingredients:


 
3pcs digestive biscuit – hancurkan (boleh ganti dengan biskut marie)
6pcs strawberry – slices
Yogurt (vanilla or strawberry flavour)
Whipped cream
Glasses or plastic container

How to:
1 – Take the plastic container; make sure it is clean and dry.
2 – Put the crushed digestive biscuit and make it as a layer in the bottom of container. Layered it with yogurt then topped it with strawberry slices.


3 – Repeat the step above until you get 2 or 3 layers.
4 – Finish it with whipped cream and diced strawberry. Keep it cool in the fridge for an hour and you are ready to enjoy it.



Selamat mencuba!



Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge i.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!
 

Friday, 21 September 2012

Funny yeah?............

Yesterday is a busy day for me… no lunch as well.. trying to meet the deadline make me rush in validating. Blaming myself for taking half a day just to check on one country.. but I had too. And it cause headache, frankly since morning till now it is still there.. I dunno how to make it ease (except panadol) but I made it! I meet the deadline. Haha.. right after, I rush for a meeting with fellow colleague and client.

Then only I laugh to myself when I come across this email from myBoo. He’s mocking me since last Raya. I didn’t know the exact ways to prepare nasi minyak. But he always had it on Raya while me and family never allowed nasi prepared on that day. But for my fiancée, yeah we did prepare… I did actually. I just dump in all the appropriate spices. Hehehe… but it turns out quite well. Just not as yellowish as normally. There myBoo mocking me (*sigh).

Here I share the email…

Resepi nasi minyak (*smile)

Bahan2:-

Beras Basmathi yang hidup
Minyak Sapi QBB bkn lembu QBB
Minyak Masak yg kena masak dulu kalau tak MASAK kau!!!!
Air Halia bkn utk buang angin
Bawang Kecil bkn besar punyeee!!!!
Bawang Putih kaler putih
Daun Pandan Jauh ke Tengah
Bunga Lawang
Bunga Cengkih bkn utk buat rokok daun
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis yg tak manis pun
Tairu (Air Limau + Susu Cair) bkn utk mabuk2
Garam Kasar
Air Mawar utk masak bkn utk orang mati
Hampas Halia bkn HAMPEHHH!!!
Air

Somehow it manages to get me laugh during the meeting. LOL!

p/s: the recipe above is accurate and exactly the ingredient to make nasi minyak but myBoo’s friend trying to make it out as a joke.. I should try it at home..