Nuffnang~Ads1

Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Recipe: Bilis Rangup

Salam jumaat semua…

Sekarang ni cuaca tak menentu. Pagi hujan, petang hujan lagi. Traffic jam tu tak payah ceritalah. Bukan la duduk KL kalau tak jem. Ye tak? Dengan cuaca tak menentu ni, kat office memasing bersin-bersin. Dengan boss mat saleh yang tak reti ‘erti sejuk’. Mentang-mentang la London dah winter sekarang. Dia nak buat office ni jadi macam winter gak tu.

Dua tiga hari ni I balik lambat. Pukul9 tu kira lambat la kan, tak sempat masak. So myBoo jadi Mr. Mama la… hehehe… dia faham jadual kerja I, dari mula kenal dulu lagi. Memang dalam sebulan tu ada la seminggu kena stayback kat office. Tak jadi masalah sangatlah. I je worried sebab tak sempat masak untuk dia. Tapi I balik rumah, dia dah masak untuk I. Haha.. happy je balik-balik dah boleh makan. Kat office memang tak makan la I ni. Last night, sebab dah boring makan drumet je, I pun tambah la lauk simple favourite kitorang. Cepat je masak ni. myBoo dah siap-siap masak nasi, wat omelette. I buat bilis rangup sikit wat penambah rasa. Ni bukan first time la I buat pun. Dalam sebulan sekali dua mesti buat. Apparently myBoo yang I ingat urban sangat or budak bandar ni actually suka ikan bilis goreng. Hahaha…

 
Meh tengok bahan-bahan:

Ingredient:
Ikan bilis – agak-agak la dalam segenggam gitu
Bawang besar – separuh dihiris kasar
Cili besar hijau – 2biji dipotong nipis (hasil tanaman belakang umah mak I)
Sedikit butter

How to:

1-      Panaskan frying pan, masukkan butter dalam anggaran sesudu kecil. Masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.

2-      Setelah hampir garing, masukkan bawang besar dan cili hijau. Kacau selalu ye dan jaga api. Kang ada ikan bilis rangup jadi bilis hangus.

3-      SIAP!!!

 
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sayur timun (ngan kicap juga).

Selamat mencuba!

 

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Tuesday, 12 November 2013

I is Me…

I adalah seorang perempuan yang bercita-cita tinggi.

I impikan untuk punya peluang bekerja di syarikat besar, tinggal di luar negara buat beberapa tahun untuk mencari pengalaman kerja dan budaya asing.

I impikan untuk mempunyai keluarga yg bahagia, rumah untuk berlindung, hidup yang gembira dan senang.

I mahu bila usia menginjak tua, I tak perlu bekerja keras seperti sekarang. Sebaliknya lebih aktif dengan kerja-kerja kebajikan.

Alhamdulillah.

I ada kerjaya yang sangat I minati, penuh dengan cabaran (even I selalu complaint busy busy busy stress stress stress). Tapi kerjaya I sekarang sangat dekat di hati. Masih mengintai peluang untuk bekerja di negara asing. Tapi perlahan-lahanlah…

I punya suami yang sayang I. I punya keluarga besar yang sangat rapat dan bermacam-macam ragam. Walau sesekali kami tak sekata, tapi I tahu kami saling menyayangi dan ambil berat.

Ya I bekerja kuat dikala ini… untuk memenuhi impian yang seterusnya. I buat 3 kerja dalam satu masa. Office, Shaklee, freelance. I berusaha demi impian dan kehidupan yang lebih baik.

I bukan mahu kaya raya, sekadar cukup untuk buat I senang. Langsaikan semua hutang-hutang. I cuma mahu punya wang untuk membina asset. Kereta I sudah punya. I mahu rumah sendiri, bukan lagi menyewa. I mahu punya wang kerana I mahu keluarga I senang. I akan sangat gembira bila melihat orang-orang yang I sayang, suami, keluarga semua, punya semua yang mereka impikan. Bukan yang terlalu materialistic, sekadar cukup semuanya. I mahu ke Mekah bersama suami mengerjakan umrah semasa menginjak 30-an. I mahu my mum ke Mekah lagi untuk haji dan umrah. Mahu sediakan orang gaji untuknya dengan wang I sendiri. I tak mahu berkira-kira setiap bulan untuk bersedekah.

Sekarang juga I punya wang. Tapi I rasa bersalah bila perlu mengehadkan pemberian. I ikhlas. Sumpah Demi Allah. Cuma rasanya bila boleh memberi tanpa had, dan membuat orang yang menerima lebih gembira, itu lebih menggembirakan I. Perlahan-lahan, I tahu ada rezeki untuk I. InsyaAllah.

Syukur padaMu Allah pada pemberian dan rezeki yang Kau beri sekarang. Bukakanlah pintu-pintu rezekiMu yang lain buatku. Agar aku dapat memberi bakti seperti impianku. Jauhkanlah dari hasad dengki dan riak dalam diriku bilamana Kau memberikanku kesenangan Ya Allah. Permudahkanlah pekerjaanku sekarang. Hanya padaMu aku berserah.

Amin Ya Rabbala’lamin.


 
Coretan dari hati,
Eleanur

Friday, 8 November 2013

Lunch at Aunty Nat, Sri Hartamas

Ni hari ni punya cerita...

Amboi…. Jauhnya lunch kan… kisahnya, terpaksa pergi office client nak minta cop. Nak courier lambat, takut missed deadline. Maka di waktu tengahari Jumaat, I pun meminta colleague menghantar I ke office client at Mont Kiara. Dia pon ikut jelah, dengan harapan next Feb14 I nak letak appraisal dia 100%... kan KM kan? Selain daripada dia tak pernah melawat office client tu selama kerja ni.. haha…

Plan asal, sharp 12pm nak gerak, so kami boleh sampai office balik around 2pm. Tapi meeting yang patut abis pukul 12pm tu teranjak to 1230pm. Nak tak nak kena pegi juga.... gigih la kami harung traffic nak ke sana. Sampai sana, ambil cop semua. Then client ajak lunch pula. Nak tolak macam tak baik, makan la kejap. Hehe… balik office kang nak kena makan juga kan.


So here we are, at Aunty Nat, most of the food was nyonya style. I makan nasi goreng sambal belacan with beef. Serve with sambal belacan, so boleh tambah sambal kalau nak pedas lagi. I tak cakap sedap giler, tapi boleh la. Price wise, untuk nasi goreng atau hidangan ala carte, dalam RM10 ke RM12 sahaja. Lauk-lauk pun ada kat sini juga.

Nasi Goreng Sambal Belacan

Tak rasa nak ajak MyBoo datang sini sebab so-so je kan. Tapi boleh la kalau dia nak rasa. Nak tak yang? Hehe..

Aunty Nat,
7, Jalan Sri Hartamas 7,
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

Thursday, 15 August 2013

Sneak Peek: My Workstation



How and what is on my workstation? Total mess definitely… a very tiring and hectic weeks..