Nuffnang~Ads1

Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

Monday, 26 August 2013

Recipe: Ikan Bawal Masak Kicap



Duduk rumah MC ni, dengan MyBoo yang perut tak sihat, so masak la simple dan selamat untuk perut. Hari ni masak sup ayam campur kentang dan tambahan ikan bawal masak kicap.


Ikan tu dah lama lepak dalam freezer, makin lama nanti makin tak sedap. So masak jelah. Nak tunggu sampai bila lagi kan. Lagipun I dah bosan makan ayam, daging, ayam, daging. Rumah terbuka semua masak itu-itu juga. Dah muak makan rendang dan makanan bersantan. so back to basic, sup dan masak kicap.

Jom tengok bahan-bahan.

Ingredients:




Ikan bawal emas – sepotong
Bawang besar – separuh di potong-potong
Bawang merah – satu dihiris
Bwang putih – satu dihiris
Cili padi – 2 biji dihiris nipis. Kalau suka pedas boleh tambah lagi
Asam keping
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air setengah cawan

How to:
1 – Ikan dibersihkan. Kemudian letakkan sedikit garam, kunyit dan tepung jagung. 


2 – Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Ikan digoreng separuh masak. Setelah siap, letakkan ditepi.


3 – Panaskan pula sesudu besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Setelah naik bau, masukkan air, asam keping dan sedikit kicap.


4 – Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sedikit garam dan bahan perasa.


5 – Angkat setelah mendidih dan cukup rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge i.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Apa Dah Jadi



Weekend je penuh dengan undangan rumah terbuka. Tak banyak sangat pon la. I dan MyBoo hanya memenuhi undangan daripada keluarga sahaja. Tak larat lah nak pegi banyak tempat, weekend je masa kami nak berehat dan mengemas rumah.

Al-kisahnya sabtu dan ahad lepas kami memang takde kat rumah, kat rumah keluarga terdekat, mereka buat rumah terbuka. Maka kami sebagai pengantin baru pon mengambil inisiatif untuk bermalam disana. Sambil-sambil melepak, sambil melayan karenah anak-anak buah yang banyak mulut.


Tetamu istimewa yang dibawa oleh pakcik I..

Usai sudah majlis semalam, kami terus balik. Sebab dah penat dan minggu ni tak sempat kemas rumah lagi. Sampai rumah semalam dah lewat petang. MyBoo terus bersihkan sangkar Aces. Kemudian menukar sangkar Pumpkin dan Husky. Ini nanti kemudian I cerita.

Malam tadi dalam pukul 2 pagi, MyBoo dah berlari ke toilet. Berulang-alik, I lost count berapa kali. Alhamdulillah I ok, just sikit-sikit je. Takpe lagi lah. Dia la teruk. Maka hari ni kami berdua MC kat rumah. Tak tahu dimana silap nya. Mungkin ada la tu dimana-mana terselit makanan tak bersih or anything.

Apa-apa pon MyBoo dah kembali sembuh. Alhamdulillah :-)