I impikan untuk punya peluang bekerja di
syarikat besar, tinggal di luar negara buat beberapa tahun untuk mencari
pengalaman kerja dan budaya asing.
I impikan untuk mempunyai keluarga yg
bahagia, rumah untuk berlindung, hidup yang gembira dan senang.
I mahu bila usia menginjak tua, I tak perlu
bekerja keras seperti sekarang. Sebaliknya lebih aktif dengan kerja-kerja
kebajikan.
Alhamdulillah.
I ada kerjaya yang sangat I minati, penuh
dengan cabaran (even I selalu complaint busy busy busy stress stress stress). Tapi
kerjaya I sekarang sangat dekat di hati. Masih mengintai peluang untuk bekerja
di negara asing. Tapi perlahan-lahanlah…
I punya suami yang sayang I. I punya
keluarga besar yang sangat rapat dan bermacam-macam ragam. Walau sesekali kami
tak sekata, tapi I tahu kami saling menyayangi dan ambil berat.
Ya I bekerja kuat dikala ini… untuk
memenuhi impian yang seterusnya. I buat 3 kerja dalam satu masa. Office,
Shaklee, freelance. I berusaha demi impian dan kehidupan yang
lebih baik.
I bukan mahu kaya raya, sekadar cukup untuk
buat I senang. Langsaikan semua hutang-hutang. I cuma mahu punya wang untuk
membina asset. Kereta I sudah punya. I mahu rumah sendiri, bukan lagi menyewa. I
mahu punya wang kerana I mahu keluarga I senang. I akan sangat gembira bila
melihat orang-orang yang I sayang, suami, keluarga semua, punya semua yang
mereka impikan. Bukan yang terlalu materialistic, sekadar cukup semuanya. I mahu
ke Mekah bersama suami mengerjakan umrah semasa menginjak 30-an. I mahu my mum
ke Mekah lagi untuk haji dan umrah. Mahu sediakan orang gaji untuknya dengan
wang I sendiri. I tak mahu berkira-kira setiap bulan untuk bersedekah.
Sekarang juga I punya wang. Tapi I rasa
bersalah bila perlu mengehadkan pemberian. I ikhlas. Sumpah Demi Allah. Cuma rasanya
bila boleh memberi tanpa had, dan membuat orang yang menerima lebih gembira,
itu lebih menggembirakan I. Perlahan-lahan, I tahu ada rezeki untuk I. InsyaAllah.
Syukur padaMu Allah pada pemberian dan
rezeki yang Kau beri sekarang. Bukakanlah pintu-pintu rezekiMu yang lain
buatku. Agar aku dapat memberi bakti seperti impianku. Jauhkanlah dari hasad
dengki dan riak dalam diriku bilamana Kau memberikanku kesenangan Ya Allah. Permudahkanlah
pekerjaanku sekarang. Hanya padaMu aku berserah.
Amin Ya Rabbala’lamin.
Coretan
dari hati,
Eleanur
No comments:
Post a Comment