Nuffnang~Ads1

Friday, 15 November 2013

Recipe: Bilis Rangup

Salam jumaat semua…

Sekarang ni cuaca tak menentu. Pagi hujan, petang hujan lagi. Traffic jam tu tak payah ceritalah. Bukan la duduk KL kalau tak jem. Ye tak? Dengan cuaca tak menentu ni, kat office memasing bersin-bersin. Dengan boss mat saleh yang tak reti ‘erti sejuk’. Mentang-mentang la London dah winter sekarang. Dia nak buat office ni jadi macam winter gak tu.

Dua tiga hari ni I balik lambat. Pukul9 tu kira lambat la kan, tak sempat masak. So myBoo jadi Mr. Mama la… hehehe… dia faham jadual kerja I, dari mula kenal dulu lagi. Memang dalam sebulan tu ada la seminggu kena stayback kat office. Tak jadi masalah sangatlah. I je worried sebab tak sempat masak untuk dia. Tapi I balik rumah, dia dah masak untuk I. Haha.. happy je balik-balik dah boleh makan. Kat office memang tak makan la I ni. Last night, sebab dah boring makan drumet je, I pun tambah la lauk simple favourite kitorang. Cepat je masak ni. myBoo dah siap-siap masak nasi, wat omelette. I buat bilis rangup sikit wat penambah rasa. Ni bukan first time la I buat pun. Dalam sebulan sekali dua mesti buat. Apparently myBoo yang I ingat urban sangat or budak bandar ni actually suka ikan bilis goreng. Hahaha…

 
Meh tengok bahan-bahan:

Ingredient:
Ikan bilis – agak-agak la dalam segenggam gitu
Bawang besar – separuh dihiris kasar
Cili besar hijau – 2biji dipotong nipis (hasil tanaman belakang umah mak I)
Sedikit butter

How to:

1-      Panaskan frying pan, masukkan butter dalam anggaran sesudu kecil. Masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.

2-      Setelah hampir garing, masukkan bawang besar dan cili hijau. Kacau selalu ye dan jaga api. Kang ada ikan bilis rangup jadi bilis hangus.

3-      SIAP!!!

 
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sayur timun (ngan kicap juga).

Selamat mencuba!

 

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

No comments:

Post a Comment