Nuffnang~Ads1

Monday, 26 August 2013

Recipe: Ikan Bawal Masak Kicap



Duduk rumah MC ni, dengan MyBoo yang perut tak sihat, so masak la simple dan selamat untuk perut. Hari ni masak sup ayam campur kentang dan tambahan ikan bawal masak kicap.


Ikan tu dah lama lepak dalam freezer, makin lama nanti makin tak sedap. So masak jelah. Nak tunggu sampai bila lagi kan. Lagipun I dah bosan makan ayam, daging, ayam, daging. Rumah terbuka semua masak itu-itu juga. Dah muak makan rendang dan makanan bersantan. so back to basic, sup dan masak kicap.

Jom tengok bahan-bahan.

Ingredients:




Ikan bawal emas – sepotong
Bawang besar – separuh di potong-potong
Bawang merah – satu dihiris
Bwang putih – satu dihiris
Cili padi – 2 biji dihiris nipis. Kalau suka pedas boleh tambah lagi
Asam keping
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air setengah cawan

How to:
1 – Ikan dibersihkan. Kemudian letakkan sedikit garam, kunyit dan tepung jagung. 


2 – Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Ikan digoreng separuh masak. Setelah siap, letakkan ditepi.


3 – Panaskan pula sesudu besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Setelah naik bau, masukkan air, asam keping dan sedikit kicap.


4 – Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sedikit garam dan bahan perasa.


5 – Angkat setelah mendidih dan cukup rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge i.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Apa Dah Jadi



Weekend je penuh dengan undangan rumah terbuka. Tak banyak sangat pon la. I dan MyBoo hanya memenuhi undangan daripada keluarga sahaja. Tak larat lah nak pegi banyak tempat, weekend je masa kami nak berehat dan mengemas rumah.

Al-kisahnya sabtu dan ahad lepas kami memang takde kat rumah, kat rumah keluarga terdekat, mereka buat rumah terbuka. Maka kami sebagai pengantin baru pon mengambil inisiatif untuk bermalam disana. Sambil-sambil melepak, sambil melayan karenah anak-anak buah yang banyak mulut.


Tetamu istimewa yang dibawa oleh pakcik I..

Usai sudah majlis semalam, kami terus balik. Sebab dah penat dan minggu ni tak sempat kemas rumah lagi. Sampai rumah semalam dah lewat petang. MyBoo terus bersihkan sangkar Aces. Kemudian menukar sangkar Pumpkin dan Husky. Ini nanti kemudian I cerita.

Malam tadi dalam pukul 2 pagi, MyBoo dah berlari ke toilet. Berulang-alik, I lost count berapa kali. Alhamdulillah I ok, just sikit-sikit je. Takpe lagi lah. Dia la teruk. Maka hari ni kami berdua MC kat rumah. Tak tahu dimana silap nya. Mungkin ada la tu dimana-mana terselit makanan tak bersih or anything.

Apa-apa pon MyBoo dah kembali sembuh. Alhamdulillah :-)


My Blogshop: Purple Leaf Closet

Greetings All!

I would like to introduce my very own blogshop called Purple Leaf Closet.



Purple Leaf Closet baru sahaja beroperasi secara online. Buat masa ni kami menjual pakaian kanak-kanak berjenama Baby GAP dan Sugarpink. Pakaian ini semua nya original dan kualiti nya setaraf di kedai-kedai dan pusat membeli-belah. Kami bawa masuk pakaian dari luar negara dan kami juga menawarkan diskaun terbaik untuk setiap pakaian kami.

Jangan ragui kualitinya kerana setiap item kami dipilih dengan teliti dan kami hanya membawa masuk pakaian yang original.

More item to come in future. InsyaAllah dalam bulan Oktober nanti kami akan bawa masuk koleksi yang baru. Email kami untuk sebarang pertanyaan dan diskaun. Menang membeli menang memakai ;-)

Sila lawati blogshop kami dan intai-intai lah facebook fanpage di alamat seperti tertera dibawah.

Blogshop: http://purpleleafcloset.blogspot.com/

Email: purpleleaf.closet@yahoo.com

Facebook: https://www.facebook.com/PurpleLeafCloset

p/s: semua harga yang tertera termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia! Cepat dapatkan sementara stok masih ada..

Saturday, 17 August 2013

Recipe: Popiah Sayur & Suhun



Sabtu pagi! Leisure weekend ;) 

Even masih dalam bulan Syawal, tapi minggu ni kena standby kerja. So I kena ada around KL je untuk monitor my team’s work progress. If any urgent issue, I kena kuarkan ‘pekeliling’ panggil balik my teammates untuk masuk ofis. Phew~~~


So bangun je hari ni ligat fikir nak buat breakfast apa… semalam myBoo nak makan mee goreng. Ok jom goreng mee. Tapi I tak fancy mee, so I pon korek fridge and jumpa carrot, zucchini, udang and kulit popiah! Jadi hidangan sampingan hari ni, popiah sayur dan suhun.. Suhun memberikan lebih tekstur dalam popiah tu dan mengenyangkan.

Let us check it out~~

Ingredients:
Zucchini – pakai separuh je. Hiris panjang dan nipis (boleh ganti dengan timun biasa)
Carrot – I pakai baby carrot dalam 4ketul (hilis panjang dan nipis)
Bawang besar – separuh. Potong dadu
5ekor udang sederhana – rebus sekejap then slices. Prep dengan garam and black pepper.
Suhun – agak-agak je, jangan banyak sgt. Rendam dalam air panas nak bagi kembang. Potong-potong.
Kulit popiah






How to:
1 – Siapkan semua bahan-bahan. Sediakan tempat bersih untuk kita balut popiah tu nanti.

2 – Letak sekeping kulit popiah. Kita mulakan dengan zucchini, then letak carrot sikit, bawang besar and udang yang dah diperap dengan garam and pepper. Kemudian letakkan sedikit suhun.

3 – Mulakan melipat bahagian hujung, kemudian kedua-dua sisi. Pastikan lipatan tu ketat supaya popiah tak terburai masa kita goreng nanti.

4 – Repeat step sampai abis semua bahan.
5 – Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, masukkan popiah dan goreng hingga kekuningan.
Tips: Minyak jangan terlalu panas, nanti popiah pertama jadi hangus sikit. Adjust api tu nak bagi popiah masak dengan baik. Jangan besar-besar nanti terbakar dapur. Hahaha…
Selamat mencuba!
Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Thursday, 15 August 2013

Sneak Peek: My Workstation



How and what is on my workstation? Total mess definitely… a very tiring and hectic weeks..


Wednesday, 14 August 2013

Sneak Peek: My Lunchbox



Haha… tajuk tak hengat :D

I dah few days demam, panas badan and flu non stop. Sampai I angkut kotak tisu dalam keta and sentiasa bawa tisu ke mana-mana waima meeting. Tapi macam mana lagi, I tak boleh cuti sebab sekarang time payroll.

Demam-demam pon kena kerja juga… just tak stay back macam selalu lah :p

Hari ni bangun lambat sikit, sempat buat salad je untuk lunch. Tu pon ada leftover fish fillet, jadilah my very own fish fillet salad.. hehe.. as I always mention, I tak suka membuang makanan or membazir. So mostly I punya lunchbox memang I akan improvised leftover dinner je. Orang kat Negara lain susah takde makanan, so kenapa kita tak beringat.

Bismillah….