Weekend je penuh dengan undangan rumah terbuka. Tak banyak
sangat pon la. I dan MyBoo hanya memenuhi undangan daripada keluarga sahaja. Tak
larat lah nak pegi banyak tempat, weekend je masa kami nak berehat dan mengemas
rumah.
Al-kisahnya sabtu dan ahad lepas kami memang takde kat
rumah, kat rumah keluarga terdekat, mereka buat rumah terbuka. Maka kami
sebagai pengantin baru pon mengambil inisiatif untuk bermalam disana. Sambil-sambil
melepak, sambil melayan karenah anak-anak buah yang banyak mulut.
Tetamu istimewa yang dibawa oleh pakcik I.. |
Usai sudah majlis semalam, kami terus balik. Sebab dah penat
dan minggu ni tak sempat kemas rumah lagi. Sampai rumah semalam dah lewat
petang. MyBoo terus bersihkan sangkar Aces. Kemudian menukar sangkar Pumpkin
dan Husky. Ini nanti kemudian I cerita.
Malam tadi dalam pukul 2 pagi, MyBoo dah berlari ke toilet. Berulang-alik,
I lost count berapa kali. Alhamdulillah I ok, just sikit-sikit je. Takpe lagi
lah. Dia la teruk. Maka hari ni kami berdua MC kat rumah. Tak tahu dimana silap
nya. Mungkin ada la tu dimana-mana terselit makanan tak bersih or anything.
Apa-apa pon MyBoo dah kembali sembuh. Alhamdulillah :-)
No comments:
Post a Comment