Nuffnang~Ads1

Monday, 25 November 2013

Dangerous Zone...


Sangat sibuk...

Sangat stress...

Alhamdulillah dalam pada stress sibuk semua tu, almost 50% dah siap.. Syukur... Tapi dugaan tak pernah berhenti. Masih ada dugaan menanti... I just harap I tabah sangat-sangat nak hadapinya :)

Saturday, 16 November 2013

Jiran Oh Jiran




Salam semua…

Hehe… entry ni ntah-pape-ntah-la pon. Hari ni I standby keje, more to I work from home. If needed, I akan call budak-budak I untuk masuk office. Then I kena masuk juga lah. Tapi apparently semua benda I mampu buat dari rumah je :-D lagi senang!

myBoo takde hari ni. Dia ada golf event kat putrajaya. Subuh lagi dah pergi. Lepas dia pergi je, I dah takleh tido balik dah. Basuh baju (cuci pakai tangan mek, kau mampu??), kemas rumah then hadap kerja sampai lebam! Hahaha… tak masak pun. Makan leftover lauk dinner malam td. myBoo balik pukul3 macam tu. Kami terus keluar to Ikano, pos barang Shaklee. Ye, kat situ ada post office ye. Buka sampai pukul6 gitu. Otherwise takkan nak post barang kat Ikea kot. Hehe… tapi best! Takde orang langsung-langsung-langsung… haa nak tunjuk sangat betapa lengangnya.

Pastu nak cari makan lunch tapi tak tahu nak makan apa……. Ini situasi biasa bagi kami berdua. Itu ini serba tak kena. Nak cari buah kat stall favorite kat The Street eCurve tu tapi hujan lebatttttttt sangat :-( tak dapek la…. At last g Daiso, jalan-jalan tengok-tengok. Cari bekas manik mak I kirim. Beli dua sebab manik dia banyakkk gila! Pegi petstore menjenguk hamster yang comel-comel dengan rabbit yang macam nak kidnap bawak balik je…. Huihh.. seb baik ingat duk umah tecik ajeee.

Eh panjangnya mukadimah…

Yang sebenarnya nak cakap, since pindah sini (circa Apr’13 till now), kenal la jiran sebelah-menyebelah ni. Yelah, dah duduk apartment, nak ke mana pon tentu kena lalu depan rumah orang kan? Haha… bukan nak complaint, tak jugalah. Tapi nak luahkan gitu-gitu je…….

Yang kiri, suka sangat kucing… sangat sangat sangat suka! Semua stray cat akan lepak depan umah dia sebab dia letak makanan kucing depan rumah tu. Yes, itu amalan mulia. Tapi yang tak best nyer sebab kucing-kucing tu membuang sesedap oren je depan rumah I!! haaa… marah tak? Marah tak? Bangun pagi nak keluar pergi keje, ada najis depan umah la atas tembok la. Sabar? Hari-hari kot. myBoo la g curah air, cleaning it. Haihh… Sampai la satu hari I terlepas cakap, (ke sengaja macam tu la sebab marah sangat), then hari tu I balik keje half day, tengok-tengok jiran I tengah cuci itu najis lah. Huhu… I cakap la thanks juga, tapi at the same time I still bagitahu dia that she needs to do something on it. She couldn’t be cleaning it everyday kan?.... sampai sekarang, I tengok and tunggu apa management building nak buat dengan case ni. Macam tu juga la. Tapi ada kemajuan sikit. Dah tak sekerap dulu. Or maybe jiran I tu dah cuci siap-siap before I balik kot.

haa banyak-banyak camni la depan rumah

Yang kanan and atas and bawah pulak… diorang mungkin lupa ini rumah apartment bukan kondo yang soundproof dan amat canggih. Apartment ni dindingnya nipis je. Apartment lama pulak tu. It just happens to be in the middle of center point. Sangat convenient. Kalau time bola, takyah cerita lah… menjerit melaung sesuka hati. Hari tu siap ada gaduh lagi orang atas dengan bawah menjerit-jerit. Lom kira nak marah anak ke nak apa ke, malam-malam menumbuk lesung, bunyi kaca pecah. Till now I tengah type ni, anak jiran belah kanan dari tadi main grill. Seronok ye dik main buka tutup buka tutup gitu. Dah malam ni tak takut hantu ke? Kot datang pontianak camne? Sejuk kot hujan ni kang demam camne?
 

Itu lumrah duduk rumah macam ni kan. I agree that. My point is, since u knows u live in this sort of housing, please… ada jiran tetangga yang perlu dijaga. Hormat la sikit orang lain. Bukan awak sorang je bayar bil bayar sewa bayar loan rumah kat bank. I know it is YOUR HOUSE but kalau tengok bola tu takyah la terpekik terlolong macam kat stadium. Kalau nak marah anak pon tengok-tengok la sama. Jangan dibiar je budak tu duk luar rumah sorang-sorang. Kecik kenot je lagi kot! Kang hilang ko meraban cari kat rumah haku juga. Nak buka almari ke apa ke jangan nak hempas-hempas. Hormat la orang lain ada anak kecik, nak tido ke apa ke balik keje penat-penat nak rehat. Hormat ye adik-adik. Kalau awak hormat orang, orang akan hormat awak balik.

Sekian. Tu je nak bebel. Nak tido ni. Babai~~

Friday, 15 November 2013

Recipe: Bilis Rangup

Salam jumaat semua…

Sekarang ni cuaca tak menentu. Pagi hujan, petang hujan lagi. Traffic jam tu tak payah ceritalah. Bukan la duduk KL kalau tak jem. Ye tak? Dengan cuaca tak menentu ni, kat office memasing bersin-bersin. Dengan boss mat saleh yang tak reti ‘erti sejuk’. Mentang-mentang la London dah winter sekarang. Dia nak buat office ni jadi macam winter gak tu.

Dua tiga hari ni I balik lambat. Pukul9 tu kira lambat la kan, tak sempat masak. So myBoo jadi Mr. Mama la… hehehe… dia faham jadual kerja I, dari mula kenal dulu lagi. Memang dalam sebulan tu ada la seminggu kena stayback kat office. Tak jadi masalah sangatlah. I je worried sebab tak sempat masak untuk dia. Tapi I balik rumah, dia dah masak untuk I. Haha.. happy je balik-balik dah boleh makan. Kat office memang tak makan la I ni. Last night, sebab dah boring makan drumet je, I pun tambah la lauk simple favourite kitorang. Cepat je masak ni. myBoo dah siap-siap masak nasi, wat omelette. I buat bilis rangup sikit wat penambah rasa. Ni bukan first time la I buat pun. Dalam sebulan sekali dua mesti buat. Apparently myBoo yang I ingat urban sangat or budak bandar ni actually suka ikan bilis goreng. Hahaha…

 
Meh tengok bahan-bahan:

Ingredient:
Ikan bilis – agak-agak la dalam segenggam gitu
Bawang besar – separuh dihiris kasar
Cili besar hijau – 2biji dipotong nipis (hasil tanaman belakang umah mak I)
Sedikit butter

How to:

1-      Panaskan frying pan, masukkan butter dalam anggaran sesudu kecil. Masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.

2-      Setelah hampir garing, masukkan bawang besar dan cili hijau. Kacau selalu ye dan jaga api. Kang ada ikan bilis rangup jadi bilis hangus.

3-      SIAP!!!

 
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sayur timun (ngan kicap juga).

Selamat mencuba!

 

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Thursday, 14 November 2013

Bila Stress Melanda~~

I baru download satu apps ni kat iPhone… sangat-sangat best bagi I untuk hilangkan stress.. hahaha

Tengok apa jadi kat wajah-wajah anak-anak buah kesayangan!

Catty Cat

Princess Hang Lee

Lil' Lady

Sapa-sapa pakai iPhone boleh la download ni.. Free je! Seronok juga sesekali jadikan orang tersayang dalam bentuk karikatur ;-)
 
 
p/s: nama apps tu MomentCam

Tuesday, 12 November 2013

I is Me…

I adalah seorang perempuan yang bercita-cita tinggi.

I impikan untuk punya peluang bekerja di syarikat besar, tinggal di luar negara buat beberapa tahun untuk mencari pengalaman kerja dan budaya asing.

I impikan untuk mempunyai keluarga yg bahagia, rumah untuk berlindung, hidup yang gembira dan senang.

I mahu bila usia menginjak tua, I tak perlu bekerja keras seperti sekarang. Sebaliknya lebih aktif dengan kerja-kerja kebajikan.

Alhamdulillah.

I ada kerjaya yang sangat I minati, penuh dengan cabaran (even I selalu complaint busy busy busy stress stress stress). Tapi kerjaya I sekarang sangat dekat di hati. Masih mengintai peluang untuk bekerja di negara asing. Tapi perlahan-lahanlah…

I punya suami yang sayang I. I punya keluarga besar yang sangat rapat dan bermacam-macam ragam. Walau sesekali kami tak sekata, tapi I tahu kami saling menyayangi dan ambil berat.

Ya I bekerja kuat dikala ini… untuk memenuhi impian yang seterusnya. I buat 3 kerja dalam satu masa. Office, Shaklee, freelance. I berusaha demi impian dan kehidupan yang lebih baik.

I bukan mahu kaya raya, sekadar cukup untuk buat I senang. Langsaikan semua hutang-hutang. I cuma mahu punya wang untuk membina asset. Kereta I sudah punya. I mahu rumah sendiri, bukan lagi menyewa. I mahu punya wang kerana I mahu keluarga I senang. I akan sangat gembira bila melihat orang-orang yang I sayang, suami, keluarga semua, punya semua yang mereka impikan. Bukan yang terlalu materialistic, sekadar cukup semuanya. I mahu ke Mekah bersama suami mengerjakan umrah semasa menginjak 30-an. I mahu my mum ke Mekah lagi untuk haji dan umrah. Mahu sediakan orang gaji untuknya dengan wang I sendiri. I tak mahu berkira-kira setiap bulan untuk bersedekah.

Sekarang juga I punya wang. Tapi I rasa bersalah bila perlu mengehadkan pemberian. I ikhlas. Sumpah Demi Allah. Cuma rasanya bila boleh memberi tanpa had, dan membuat orang yang menerima lebih gembira, itu lebih menggembirakan I. Perlahan-lahan, I tahu ada rezeki untuk I. InsyaAllah.

Syukur padaMu Allah pada pemberian dan rezeki yang Kau beri sekarang. Bukakanlah pintu-pintu rezekiMu yang lain buatku. Agar aku dapat memberi bakti seperti impianku. Jauhkanlah dari hasad dengki dan riak dalam diriku bilamana Kau memberikanku kesenangan Ya Allah. Permudahkanlah pekerjaanku sekarang. Hanya padaMu aku berserah.

Amin Ya Rabbala’lamin.


 
Coretan dari hati,
Eleanur

Monday, 11 November 2013

Sneak Peek: Lunchbox Today~~

Milo and Gardenia plain bread

Busy busy busy… tapi tetap kena makan, jadilah alas perut… Alhamdulillah…

Friday, 8 November 2013

Lunch at Aunty Nat, Sri Hartamas

Ni hari ni punya cerita...

Amboi…. Jauhnya lunch kan… kisahnya, terpaksa pergi office client nak minta cop. Nak courier lambat, takut missed deadline. Maka di waktu tengahari Jumaat, I pun meminta colleague menghantar I ke office client at Mont Kiara. Dia pon ikut jelah, dengan harapan next Feb14 I nak letak appraisal dia 100%... kan KM kan? Selain daripada dia tak pernah melawat office client tu selama kerja ni.. haha…

Plan asal, sharp 12pm nak gerak, so kami boleh sampai office balik around 2pm. Tapi meeting yang patut abis pukul 12pm tu teranjak to 1230pm. Nak tak nak kena pegi juga.... gigih la kami harung traffic nak ke sana. Sampai sana, ambil cop semua. Then client ajak lunch pula. Nak tolak macam tak baik, makan la kejap. Hehe… balik office kang nak kena makan juga kan.


So here we are, at Aunty Nat, most of the food was nyonya style. I makan nasi goreng sambal belacan with beef. Serve with sambal belacan, so boleh tambah sambal kalau nak pedas lagi. I tak cakap sedap giler, tapi boleh la. Price wise, untuk nasi goreng atau hidangan ala carte, dalam RM10 ke RM12 sahaja. Lauk-lauk pun ada kat sini juga.

Nasi Goreng Sambal Belacan

Tak rasa nak ajak MyBoo datang sini sebab so-so je kan. Tapi boleh la kalau dia nak rasa. Nak tak yang? Hehe..

Aunty Nat,
7, Jalan Sri Hartamas 7,
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

Lunch at Theory


Haa… bunyi macam gempak kan? Semalam I lunch at Theory, Ara Damansara. Ada dua orang amoi cantik ajak I makan sini… saja je nak hiburkan I la tu.. I kan tengah stress dengan audit kat office ni..

Tak snap gambar pon. Busy borak-borak, gossiping. Haha… perempuan kan :-p


Kat sini lunch set semuanya.. come with drinks, ice lemon tea. Yang I makan ni, Nyonya Seafood. Ada nasi, fish fillet and squid dimasak ala nyonya, dihidang bersama papadom. Harganya RM14.90. Sedap juga, just tak pedas. Tapi…… I tak boleh makan pedas lagi ni. Hahaha… overall price range around RM10.90 to RM14.90. Berpatutan la sebab satu set dengan air kan.

p/s: dah google tapi tak jumpa alamat… pakcik google tido kot.. hikhik..

......................

One photo to describe me right now...



p/s: Husky, mama pinjam food bowl Husky kejap ye... hahaha



Wednesday, 6 November 2013

Escape Plan


Haihhh… last night, Husky escaped again… I think this is the second time.

MyBoo was cleaning Husky’s cage last night. And after all the cleaning done, he’s transferring Husky from temporary cage to his cage. And tadaaa! With a blink, there he goes, out of the cage and run towards dining table. Very fast and seems like very proud of himself to get the fool out of MyBoo. Hahaha… 

So we played ‘Tom & Jerry’ a bit. Then after 10min, we manage to get him back into cage. No No No Husky, that’s not a good idea to escape. There are many great dangers for you outside ;-) and please, don’t be naughty, you know we love you… <3 <3 <3

Curious little ham
Till then~~

Tuesday, 5 November 2013

Selamat Datang Tahun Baru

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan limpah kurnia-Nya


Ikhlas,

Eleanur & abVisible

Friday, 1 November 2013

Plan for weekend?..


Hi all… sihat? Hari ni malasssss sangat nak keje.. kenapa eh? Sebab dah memang malas, lagi mau tanya kan…………….. derghhh~~

Cuti panjang minggu ni :-) I cuti isnin, so sambung terus sampai selasa. Hehe… plan asal nak ke Cameron Highland hari sabtu bersama family I, kakak-kakak, mak dan abang. Tapi minggu lepas kan kes banjir kat Lembah Bertam tu (my big condolences to the families affected, be strong). So kakak HOD kata nehi nehi.. maka kami batalkan. Dan plan asalnya selepas sabtu bermalam di Cameron Highland, I dan MyBoo akan ke Ipoh, berjalan-jalan. Tapi I pula dilanda gastric yang agak teruk, ditambah dengan ‘colic’, apa yang I makan semua akan dikeluarkan semua dalam masa yang singkat, maka MyBoo decide to let go our vacation to Ipoh too.

Takpe la, lain kali je. Januari pon kami akan ke Langkawi, so takpe, now rest dulu kat KL. Then sebab dah tak jadi pegi Ipoh, ingat nak ajak MyBoo balik kampong I, tengok-tengok my mum pulak nak datang KL. Yippiee!! Kami semua akan berkumpul kat rumah kakak HOD jelah :-p

Plan lain, esok baru cerita. Yang penting ni masa I untuk rehat dan main dengan anak-anak buah tersayang yang comel dan nakal ;-)

 
Owh… sila la tengok, makan malam I masak malam tadi.. nasi goreng sardine je..

Till then~~

Thursday, 31 October 2013

Recipe: Stir Fried Sotong



Eh! Tengok title macam hancur je kan, bahasa rojak.. hehe… apa ada hal, sendiri punya blog :-) tapi secara jujur, I harap resepi-resepi yang I share kat sini sesuai untuk orang muda yang baru kawin dan tak pandai masak sangat. Sebab simple giler kan! :-p

Tak nak cakap banyak-banyak, setiap hari pon balik keje dah lewat kan. Sampai rumah dah pukul 7.30pm, so masak je yang paling senang. MyBoo suka berkuah, I suka pedas-pedas sikit. So jadilah masakan macam ni. Sedap je makan dengan nasi panas-panas. Kalau dah lapar, apa pon sedap kan? Hehe…

Meh tengok bahan-bahan:

Ingredient:


Bawang merah – dua dihiris nipis
Bawang putih – sebiji dihiris nipis
Bawang besar – separuh dihiris kasar
Cili padi – 3biji dipotong nipis (nak tumbuk pon boleh)
Sotong basah – dibersihkan dan dipotong (dalam 200gram)
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis
Garam

How to:
1-      Panaskan minyak, anggaran dua sudu makan. Tumis bahan-bahan dihiris.


2-      Setelah naik bau, masukkan sotong. Kacau sekata.


3-      Masukkan sedikit air (kalau suka berkuah banyak) dan kicap.


4-      Sesuaikan rasa dan SIAP!!!

Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Senang kan?... Selamat mencuba!
 

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Wednesday, 30 October 2013

Sneak Peek: Lunchbox Today~~

Sneak peek of my lunchbox today :)


Seedless grapes and persimmon.. Doctor had advise that I’ve been 'attacked' by gastric and colic. Not much I can take here in office. I had bread. So for me not to get hungry I had this fruits as a snack. Grapes were so sweet… too sweet actually. But this is the kind that I always had in my fridge. Never failed to buy every weekend at The Street, eCurve. That Uncle who sold this was superb! His fruits never failed me. Grapes, apple, strawberry and even last week he had persimmon ;)

p/s: Uncle’s stall is right opposite of TGI Fridays

Monday, 28 October 2013

My Small Family… and Furry too!


Ehem ehem… let me introduce you to my extended family…… tadaaaaaa!! Meet BoBo, PumpKin, Husky and Aces.. boys!! Behave please… shake hand.. shake hand… haha.. 

Ok a simple introduction of these boys.

BoBo
BoBo – adopted on 24th Dec 2012 at the age of 2months approx. BoBo is an Agouti Roborovski breed hamster. We bought him at local petshop in Damansara Uptown. He is the first pet ever for us. We bought him together with a full set of cage, bedding, toys, food, vitamin for his drinks and fur (that we never use till now). BoBo is a bit jumpy, I think he lacked of human handling in his early age. But he will response when we called him name. He will greet me whenever I stand nearby his cage. He will take his favorite sunflower seed from me. Or any treat we gave him. He LOVES eating… loves loves loves *smile*

PumpKin
PumpKin – adopted on 20th Jan 2013 at the age of 5weeks approx.. PumpKin is a Winter Pearl breed hamster. Slightly bigger compared to Roborovski, but it is easier to tame. We bought him at Pet Safari, IPC. PumpKin is very tame. He will response to his name, loves getting massage from MyBoo and sleep lot. He’s a little chubbier but very fast whenever we let him roaming around the house. Don’t under estimate his running skills.. and jumping too… hehe

Husky (right lying on his tummy) and Aces (left-side)
Husky & Aces – adopted on 3rd Jul 2013 at the age of 5weeks approx. Both Husky and Aces was a sibling from hamster breed of Husky Roborovski. Their fur colors was tone down compared to BoBo. And between Husky and Aces, Husky’s fur was one tone down compared to Aces. That’s how we differentiate them both.. haha… both have a very different personality. Husky more jumpy, but energetic while Aces more laid back and submissive. Aces will come and took any treat from MyBoo’s hand. But Husky will not (depend on his mood). But both LOVES food…

Ahh… I think that’s the introduction of them. My small furry family. We love them to the bits!

 

Till then~~
 
Note: All photo belong to Tales of an Asian Lady only! I tak halalkan siapa yang ambil gambar disini and claim as their own. You will have to answer that in akhirat.
 

Wednesday, 23 October 2013

Minta Maaf~~

Sorry dah lama tak update...

Macam la ada orang baca blog ni.... Erkk.... Hehehe..

Monday, 26 August 2013

Recipe: Ikan Bawal Masak Kicap



Duduk rumah MC ni, dengan MyBoo yang perut tak sihat, so masak la simple dan selamat untuk perut. Hari ni masak sup ayam campur kentang dan tambahan ikan bawal masak kicap.


Ikan tu dah lama lepak dalam freezer, makin lama nanti makin tak sedap. So masak jelah. Nak tunggu sampai bila lagi kan. Lagipun I dah bosan makan ayam, daging, ayam, daging. Rumah terbuka semua masak itu-itu juga. Dah muak makan rendang dan makanan bersantan. so back to basic, sup dan masak kicap.

Jom tengok bahan-bahan.

Ingredients:




Ikan bawal emas – sepotong
Bawang besar – separuh di potong-potong
Bawang merah – satu dihiris
Bwang putih – satu dihiris
Cili padi – 2 biji dihiris nipis. Kalau suka pedas boleh tambah lagi
Asam keping
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air setengah cawan

How to:
1 – Ikan dibersihkan. Kemudian letakkan sedikit garam, kunyit dan tepung jagung. 


2 – Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Ikan digoreng separuh masak. Setelah siap, letakkan ditepi.


3 – Panaskan pula sesudu besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Setelah naik bau, masukkan air, asam keping dan sedikit kicap.


4 – Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sedikit garam dan bahan perasa.


5 – Angkat setelah mendidih dan cukup rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge i.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!

Apa Dah Jadi



Weekend je penuh dengan undangan rumah terbuka. Tak banyak sangat pon la. I dan MyBoo hanya memenuhi undangan daripada keluarga sahaja. Tak larat lah nak pegi banyak tempat, weekend je masa kami nak berehat dan mengemas rumah.

Al-kisahnya sabtu dan ahad lepas kami memang takde kat rumah, kat rumah keluarga terdekat, mereka buat rumah terbuka. Maka kami sebagai pengantin baru pon mengambil inisiatif untuk bermalam disana. Sambil-sambil melepak, sambil melayan karenah anak-anak buah yang banyak mulut.


Tetamu istimewa yang dibawa oleh pakcik I..

Usai sudah majlis semalam, kami terus balik. Sebab dah penat dan minggu ni tak sempat kemas rumah lagi. Sampai rumah semalam dah lewat petang. MyBoo terus bersihkan sangkar Aces. Kemudian menukar sangkar Pumpkin dan Husky. Ini nanti kemudian I cerita.

Malam tadi dalam pukul 2 pagi, MyBoo dah berlari ke toilet. Berulang-alik, I lost count berapa kali. Alhamdulillah I ok, just sikit-sikit je. Takpe lagi lah. Dia la teruk. Maka hari ni kami berdua MC kat rumah. Tak tahu dimana silap nya. Mungkin ada la tu dimana-mana terselit makanan tak bersih or anything.

Apa-apa pon MyBoo dah kembali sembuh. Alhamdulillah :-)


My Blogshop: Purple Leaf Closet

Greetings All!

I would like to introduce my very own blogshop called Purple Leaf Closet.



Purple Leaf Closet baru sahaja beroperasi secara online. Buat masa ni kami menjual pakaian kanak-kanak berjenama Baby GAP dan Sugarpink. Pakaian ini semua nya original dan kualiti nya setaraf di kedai-kedai dan pusat membeli-belah. Kami bawa masuk pakaian dari luar negara dan kami juga menawarkan diskaun terbaik untuk setiap pakaian kami.

Jangan ragui kualitinya kerana setiap item kami dipilih dengan teliti dan kami hanya membawa masuk pakaian yang original.

More item to come in future. InsyaAllah dalam bulan Oktober nanti kami akan bawa masuk koleksi yang baru. Email kami untuk sebarang pertanyaan dan diskaun. Menang membeli menang memakai ;-)

Sila lawati blogshop kami dan intai-intai lah facebook fanpage di alamat seperti tertera dibawah.

Blogshop: http://purpleleafcloset.blogspot.com/

Email: purpleleaf.closet@yahoo.com

Facebook: https://www.facebook.com/PurpleLeafCloset

p/s: semua harga yang tertera termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia! Cepat dapatkan sementara stok masih ada..

Saturday, 17 August 2013

Recipe: Popiah Sayur & Suhun



Sabtu pagi! Leisure weekend ;) 

Even masih dalam bulan Syawal, tapi minggu ni kena standby kerja. So I kena ada around KL je untuk monitor my team’s work progress. If any urgent issue, I kena kuarkan ‘pekeliling’ panggil balik my teammates untuk masuk ofis. Phew~~~


So bangun je hari ni ligat fikir nak buat breakfast apa… semalam myBoo nak makan mee goreng. Ok jom goreng mee. Tapi I tak fancy mee, so I pon korek fridge and jumpa carrot, zucchini, udang and kulit popiah! Jadi hidangan sampingan hari ni, popiah sayur dan suhun.. Suhun memberikan lebih tekstur dalam popiah tu dan mengenyangkan.

Let us check it out~~

Ingredients:
Zucchini – pakai separuh je. Hiris panjang dan nipis (boleh ganti dengan timun biasa)
Carrot – I pakai baby carrot dalam 4ketul (hilis panjang dan nipis)
Bawang besar – separuh. Potong dadu
5ekor udang sederhana – rebus sekejap then slices. Prep dengan garam and black pepper.
Suhun – agak-agak je, jangan banyak sgt. Rendam dalam air panas nak bagi kembang. Potong-potong.
Kulit popiah






How to:
1 – Siapkan semua bahan-bahan. Sediakan tempat bersih untuk kita balut popiah tu nanti.

2 – Letak sekeping kulit popiah. Kita mulakan dengan zucchini, then letak carrot sikit, bawang besar and udang yang dah diperap dengan garam and pepper. Kemudian letakkan sedikit suhun.

3 – Mulakan melipat bahagian hujung, kemudian kedua-dua sisi. Pastikan lipatan tu ketat supaya popiah tak terburai masa kita goreng nanti.

4 – Repeat step sampai abis semua bahan.
5 – Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, masukkan popiah dan goreng hingga kekuningan.
Tips: Minyak jangan terlalu panas, nanti popiah pertama jadi hangus sikit. Adjust api tu nak bagi popiah masak dengan baik. Jangan besar-besar nanti terbakar dapur. Hahaha…
Selamat mencuba!
Note: Semua resepi dalam blog ni is edible, just I tukar sana sini ikut citarasa and bahan-bahan yang I ada dalam fridge I.. sebab I ni keje, busy, tapi suka masak and tak selalu fridge tu ada semua benda yang I perlukan bila I nak masak or myBoo teringin makan sesuatu. Peace!